Welcome to...

Wednesday 9 May 2012

Latar Belakang Syarikat




Syarikat Qaseh Anies Collection merupakan salah satu syarikat perniagaan komersial yang menjual pelbagai jenis minyak wangi yang bersesuaian dengan semua golongan iaitu daripada golongan remaja, dewasa, serta orang yang meningkat usia kerasa syarikat ini menjual pelbagai jenis haruman yang dapat menarik minat pelangan. Selain itu juga, syarikat ini turut menyediakan rekaan botol yang menarik dengan harga yang berpatutan dan berkualiti tinggi.


             Syarikat Qaseh Anies Collections ditubuhkan pada 5 April 2012 yang berpusat di kediaman saya di Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Nama Qaseh Anies Collections dipilih sebagai nama syarikat  adalah kerana sempena nama saya iaitu Hanis dan Qaseh pula diambil kerana nama tersebut mudah diingati oleha para pelanggan.

              Sasaran utama syarikat ini adalah untuk menjadi salah satu pengeluar minyak wangi bertaraf antarabangsa yang terkenal khususnya dikalangan setiap masyarakat. Kini produk yang dipasarkan bukan hanya terhad di kedai sahaja malah boleh dibeli secara online iaitu di laman sesawang Qaseh Anies Collections bagi memudahkan para pelanggan untuk melihat dan meninjau keluaran minyak wangi yang terkini dan terbaru dengan menjimatkan masa dan tenaga.

               Selain itu juga, moto untuk syarikat saya ialah " KEPUASAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI" adalah bersesuaian dengan kualiti dan haruman yang menarik yang di tawarkan. Dengan pemakaian wangian ini dapat membantu si pemakai lebih menyerlah keanggunan nya. Sungguhpun begitu, harga yang ditawarkan amat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.. Oleh itu, apa tunggu lagi..selamat memcuba dan membeli......=)






No comments:

Post a Comment